03:52
0


Suatu ketika Nabi saw duduk bersama dengan sahabatnya termasuklah bersama dengannya 4 orang sahabat yang besar seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman al-‘Affan dan Ali bin Abi Thalib.

Nabi saw bertanya kepada Abu Bakar terlebih dahulu, karena Abu Bakar adalah manusia yang paling mulia, paling kuat, paling afdhal setelah Nabi saw dan dia adalah lebih tua berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain.


Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?”

Abu Bakar as-Siddiq : “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”

Nabi saw : “Apa dia ya Abu Bakar?”

Abu Bakar as-Siddiq : “Aku suka melihat kepada engkau ya Rasulallah saw, duduk di hadapan engkau ya Rasulallah saw, dan aku suka menginfaqkan harta kerana engkau ya Rasulallah saw.”


Kemudian Nabi saw bertanya pula kepada Umar al-Khattab.


Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?”

Umar al-Khattab : “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”

Nabi saw : “Apa dia ya Umar?”

Umar al-Khattab : “ Aku suka untuk berkata benar walaupun ianya pahit, menyuruh kepada kebaikan walaupun ianya kecil, dan mencegah daripada kemungkaran walaupun ianya terpaksa berterus –terang”.
 


Kemudian Nabi saw bertanya pula kepada Othman al-‘Affan


Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?”

Othman al-‘Affan: “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”

Nabi saw : “Apa dia ya Othman?”

Othman al-‘Affan : “Aku suka memberi makan kepada orang yang memerlukan, menyebarkan salam, dan mendirikan solat di waktu malam tatkala manusia sedang nyenyak tidur.”


Kemudian Nabi saw bertanya pula kepada ‘Ali bin Abi Thalib.


Nabi saw : “Adakah engkau suka sesuatu dia atas dunia ini?”

‘Ali bin Abi Thalib : “Demi kerana engkau bertanya ya Rasulallah, aku suka akan 3 perkara di atas dunia ini.”

Nabi saw : “Apa dia ya ‘Ali?”

‘Ali bin Abi Thalib : “Aku suka untuk berpuasa walaupun ketika berada di bawah panas yang terik, memulikan tetamu, dan membunuh musuh di medan perang dengan pedangku ini.”



Lalu Rasulallah saw sendiri menyatakan bahawa Baginda saw juga suka kepada 3 perkara di atas dunia ini.

Sahabat : “Apakah ia ya Rasulallah saw?”


Rasulallah saw : “Aku suka akan wangi-wangian, isteri-isteri aku yang aku telah muliakan mereka, dan dijadikan perkara yang dapat menyejukkan mata aku dengan urusan solat.”


‘Aisyah r.a mengatakan:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدثنا وتحدثه فإذا حضرت الصلاة كأنه لم يعرفنا ولم نعرفه

“Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)

Lalu Allah swt sendiri menyatakan kepada Rasulallah saw bahawa Allah jua suka kepada 3 perkara di atas dunia ini.


“Iaitu Allah swt suka lisan yang sentiasa basah mengingatiNya, hati yang sentiasa bersyukur denganNya, dan jasad yang sentiasa bersabar walaupun diberi ujian daripadaNya.


Lalu Jibril as sendiri menyatakan kepada Rasulallah saw bahawa dia suka kepada 3 perkara di atas dunia ini.


Nabi saw : “Apa dia ya Jibril as?”

Jibril as : “Aku suka kepada menyampaikan dan mengembangkan syariat Allah swt, menunaikan amanah dan tanggungjawab serta aku suka kepada orang-orang miskin.”


Maka tidak hairanlah jika Nabi saw selalu berdoa kepada Allah swt :

“Ya Allah ! Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang miskin”.

Pelbagai tafsiran ulama tentan doa ini. Jumhur sepakat mengatakan bahawa maksud miskin yang sebenar di dalam do’a Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ini ialah : “Orang yang khusyu dan mutawaadli (orang yang tunduk dan merendahkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala)”

Begitu jualah dengan ‘ulama besar dalam mazhab utama juga suka kepada 3 perkara.

Berkata Imam Malik bahawa dia suka kepada 3 perkara di atas dunia ini iaitu


“Aku ingin berdamping dengan Nabi saw (hidup di sisi Nabi saw, wafat di sisi Nabi saw, dan dikebumikan di Baqi bersama dengan Nabi saw), sentiasa memijak tanah yang pernah dipijak oleh Rasulallah saw (kerna itu beliau dikenali dengan tidak memakai kasut ketika di dalam sekitar Madinah kerna dia menyukai tapak kakinya itu dapat berdamping dengan tapak kaki Rasulallah saw) dan Aku suka kepada ahlul Bait (ahli Keluarga Rasulallah saw)


Berkata pula Imam Abu Hanifah bahawa dia suka kepada 3 perkara di atas dunia ini iaitu


“Aku suka untuk berkhidmat untuk ilmu, aku ingin meninggalkan kemegahan dan aku ingin kosongkan hati aku daripada tertarik dengan dunia.”


Berkata pula Imam Syafi’e bahawa dia jua suka kepada 3 perkara di atas dunia ini iaitu


“Aku suka untuk bergaul sesama makhluk Allah saw dengan keadaan lemah lembut, aku ingin mengikut jejak langkah ahli tasawwuf, dan meninggalkan perkara dan hukum yang boleh mematikan ummat.”
Begitulah 3 perkara yang begitu disukai oleh Allah swt, Jibril as, Rasulallah saw, para Sahabat dan ‘Ulama tersohor. Maka, kita jua perlu mencari 3 Perkara yang perlu kita cintakan dan boleh menyampaikan dan memberi kebaikan dan manfaat kepada kita hinggalah ke hari akhirat kelak..
Insya allah..

0 comments:

Post a Comment